Daily Archives: 16/10/2021

Tempah TShirt Kelas Sebagai Kenangan Tahun 2021

Assalam semua guys,

Apa khabar semua?

Nampaknya dah lama saya tak update blog ni sebab masalah Covid 19 yang melanda negara kita selama ni.

Tapi itu tak bermakna korang tak boleh tempah TShirt Kelas korang dengan kita.

Pada pendapat saya…sekolah dah tak akan buka sampai tahun depan rasanya.

Kalau yang masuk sekolah pun, mungkin Tingkatan 5 dan 6 yang akan ambil exam penting.

So….tak ada kenangan ke dengan geng2 kelas korang tahun ni?

Tak salah kalau korang tempah TShirt kelas tu untuk kenangan korang tahun ni.

Ya lah….memang tak pernah2 jadi seumur hidup masalah yang melanda kita ni.

Jadi…kalau korang tempah TShirt Tahun ni…sekurang2nya tak adalah kenangan Covid di Tahun 2021 berlalu gitu je.

Jom tengok apa TShirt yang kitaorang pernah print sebelum ni….

Nampaknya dah lebih 90% yang cucuk vaksin & kerajaan pun dah benarkan untuk merentas negeri…syukur sangat2.

Ini bermakna dalam masa terdekat ni banyak aktiviti yang tak boleh dibuat sebelum ni…akan dibenarkan semula.

Antaranya mungkin sekolah & universiti akan dibenarkan semula.

Bila sekolah & universiti dibuka semula….banyak aktiviti yang boleh dibuat.

Bila banyak aktiviti dibuat….maknanya boleh buat TShirt untuk setiap aktiviti tu.

TShirt Kelas ni sebenarnya memang banyak dapat sambutan sebelum PKP dulu.

Setiap bulan ada je orang order TShirt Kelas ni.

Non stop….tapi start 2020, order kurang sikit sebab sekolah ditutup.

Tapi kebelakangan ni..syukur tempahan TShirt kelas naik semula.

Bukan TShirt je tapi ada jugak beg2 yang ditempah oleh customer kitaorang.

Macam2 yang kami boleh print.

Ikhlas Daripada :

Abg Nik & Kak Salina