Get Adobe Flash player

Buat Design Sendiri

Hai & Salam Cetak Baju buat rakan2 semua,

Kebelakangan ni bertalu2 emel masuk tanya pasal baju kelas. Tapi kan…ramai lak yang tak tahu camane nak buat design atas baju tu. Kesian gak saya dengar sebab kadang2 diaorang ni memang excited betul nak buat baju tapi masalah nak buat design pulak.

Kalau ikutkan perancangan, saya akan buat blog khas untuk order baju kelas tapi masih lagi dalam proses kumpulkan bahan & mencari idea terbaik camane nak tolong korang kat luar sana.

Tapi sebelum saya start buat blog baru tu, apakata saya kongsi ngan korang camane cara nak buat design dengan mudah. Tapi kena usaha skit le nanti masa korang nak designkan baju tu.

Nak tahu nak guna apa……tadaaaaa…..Gunakan Customink.com. hehehehe…rasanya dah ramai yang tahu kot tapi bagi yang tak tahu, ni nak bagitahu ni.

Cuba klik dulu kat kotak kat bawah ni kalau korang nak tengok camane rupanya nak buat design dalam online tu…

Klik kat logo kat atas

Kat sini saya ceritakan skit le camane caranya nak buat baju korang tu.

Mula2 kan,

Cuba tengok dia punya website. Kat sini saya ceritakan skit serba ringkas le camane korang nak buat design baju tu. Kat dalam page tu korang boleh tambah tulisan, gambar yang ada dalam website diaorang ataupun gambar daripada komputer korang sendiri. Korang bukan je boleh buat bahagian depan, bahagian belakang pun boleh buat. klik kat bahagian butang Rotate yang ada kat situ. Terus dia pusing gambar baju belakang.

KLIK DISINI UNTUK BUAT DESIGN SENDIRI

¬†Ok….katakan korang nak buat tulisan kat bahagian depan. Korang klik je kat bahagian “add text” kat situ.

Pastu taip je apa yang korang nak taip. Lepas taip, klik next…..pastu.

Pastu keluar le page camni pulak.. Korang boleh godek2 sendiri kat page tu. Tak kena bayar pun. Tulisan boleh tukar, saiz tulisan dll. Design yang kat baju tu pun korang boleh gerak2 kan. Ikut je camane nak buat. Kat dalam page tu, korang boleh pilih tulisan apa korang nak macam kat bawah ni.

KLIK DISINI UNTUK BUAT DESIGN SENDIRI

Kat situ macam2 tulisan ada…cuma peringatan kat korang..Tolong CATITKAN NAMA FONT sebelum emelkan design tu kat saya. INGAT..CATITKAN NAMA FONT SEBELUM EMEL KAT SAYA.

Tulisan tu boleh adjust2 kedudukan dia ikut kesukaan korang. Pastu ada lagi boleh tambah gambar.

Klik lak kat “Add Art” kat page tu. Macam2 gambar ada. Korang godek2 le sendiri. Pada sape2 yang nak buat duit dengan design baju ni pun korang boleh buat. Buat kat sini pastu tunjukkan kat sape2 yang nak order baju. Pastu, ambik untung atas baju tu nanti.

Nak upload gambar sendiri pun boleh. Terpulang pada korang.

Korang mesti seronok punya dapat godek2 dalam website ni. Cuma bergantung pada kreativiti korang le. Satu lagi peringatan….TOLONG CATITKAN KAT BAHAGIAN MANA KORANG DAPAT GAMBAR TU. CATITKAN SEBAB NANTI SAYA BOLEH AMBIK GAMBAR TU DALAM WEBSITE NI TIME NAK PRINT NANTI.

KLIK DISINI UNTUK BUAT DESIGN SENDIRI

Macam2 korang boleh buat. Nak buat nama ngan nombor pun boleh tapi nombor tu, saya nak bagitahu awal2…kitaorang guna blok nombor sedia ada je. Kalau korang nak set nombor sedia, harga akan lagi mahal. Korang paham le kan.

So…kesimpulannya, pada korang yang tak pandai nak buat design sendiri, inilah antara cara terpantas korang boleh buat sendiri. Bila dah siap semua, korang boleh print, save atau send kat kawan2.

Apa yang penting, KERJAAASAMAAA….hehehee. Apa yang penting korang sendiri yang godek2 kan. Tapi kalau memang korang ni pakar design atau ada kawan2 yang pakar buat design baju, itu lagi baik sebenarnya. So, pokoknya…pokok kelapa sawit..heheh. Pokoknya kat sini korang ada idea skit le camane nak buat design baju tu, tul tak?

Selamat Mendesign baju pada korang semua!

Nik
Cetaktee.com
adminkomisen@gmail.com

2 Responses to Buat Design Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *