Cetak TShirt KELAS Dulu2 VS Sekarang…..

Hai & Salam Cetak Baju Kelas kepada semua,

Apa kabar semua? Harap2 semua sihat & berjaya dalam bidang masing2.

Korang tahu tak…kami di www.cetaktee.com dah start bisnes cetak baju ni dari 2010 lagi & sejak dari tu kitaorang dah buat TShirt Kelas beribu2 helai dah.

Tapi nak bagitahu……kalau dulu2 nak buat TShirt kelas memang susah sebab masa tu mana ada lagi bisnes online ni.

Maknanya kalau rasa nak buat TShirt Kelas, kat tempat diaorang mesti ada kedai yang buat TShirt ni.

Tapi time tu bukan semua orang mampu buat TShirt kelas sebab masa tu kilang2 besar je yang terima tempahan cetak TShirt.

Masa tu mana ada lagi pencetak baju kecil2an macam kitaorang ni.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “BORANG TEMPAHAN” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

So…apa BEZA buat TShirt DULU & SEKARANG ye!

  1.  Kalau dulu2…nak cari orang buat printing tshirt yang sikit2 pun susah sebab kilang biasa tumpu kuantiti besar je.
    Tapi Sekarang ni……bersepah2 orang jual TShirt bercetak sendiri kat online & offline…tunggu nak order je.
  2. Kalau dulu2….nak order bawah 100 lai memang sakit sebab untung tak besar kalau print sikit2 ni.Tapi sekarang ni….ada sesetengah tempat, order selai pun boleh tapi harga mahal sikit le.
  3. Kalau dulu2….design nak print tu lebih kurang sama je semua. SKEMA je..tak boleh nak pilih yang pelik2 sikit.Tapi sekarang ni….ada macam2 design yang korang boleh reka sendiri. Macam2 apps atau software dalam internet yang boleh bantu korang buat design tu sendiri.
  4. Kalau dulu2…..dapat pakai TShirt bercetak ni time sekolah & time raya je sebab time sekolah cikgu buat Tshirt sekolah & time raya..mak ayah beli baju raya. So..dapat le merasa pakai TShirt bercetak tu.
    Tapi sekarang ni…..setiap bulan boleh order TShirt tu sebab dah mampu & banyak tempat yang sediakan TShirt bercetak ni.
  5. Kalau dulu2….kalau nak merasa TShirt bercetak ni biasanya yang duduk bandar2 besar je. Yang duduk kat ceruk kampung…mintak mahap le kalau nak merasa TShirt bercetak ni. Kalau duduk pedalaman lagi le susah.Tapi sekarang ni….sape2 pun boleh beli baju bercetak ni…hinggakan pedalaman yang terletak diceruk2 kampung pun dapat order TShirt ni sebab sekarang dah ada servis pos & courier.
  6. Kalau dulu2…..design atas baju tak guna design komputer. Pakai stensil je atau potong kertas guna pisau. Orang dulu2 tahu le camane caranya tu.
    Tapi sekarang ni….semua guna komputer. Mudah dan senang. Nak buat blok printing pun mudah je.
  7. Kalau dulu2…..design baju pun lebih kurang sama je & kualiti tak bagus sangat. Sekali dua basuh..leher dah kembang. Tak ada kualiti kecuali baju yang mahal2.
    Tapi sekarang ni….ada macam2 jenis brand baju kat pasaran. Berlambak2…ada yang kualiti & kurang kualiti. Pilih je.
  8. Kalau dulu2….jauh sekali kalau nak tengok budak2 sekolah pakai TShirt sedondon sama je semua orang. Kalau ada pun memang kembang le hidung sebab bangga…grup diaorang je ada TShirt sedondon tu.
    Tapi sekarang ni….cer pegi kat sekolah2…macam2 jenis TShirt bercetak grup diaorang yang diaorang ada.
  9. Kalau dulu2…mana le mampu nak beli TShirt bercetak macam tu. Duit pun simpan untuk makan & keperluan penting lain je.
    Tapi sekarang ni….mak bapak kebanyakannya dah mampu beli TShirt untuk anak2. So..anak2 pun apalagi…..mintak sponsor mak ayah le kalau nak buat TShirt cetak sendiri ni.
  10. Kalau dulu2…..tak ada le sape2 yang nak kongsi tips & ilmu pasal bisnes TShirt ni sebab masing2 sibuk dengan bisnes sendiri & kalau kongsi pun tak ada sape nak dengar.
    Tapi sekarang ni……korang boleh baca apa sahaja tips cetak baju dalam internet. Google jer…
  11. Kalau dulu2….kita beli TShirt untuk grup kita & kita pakai baju tu.
    Tapi sekarang ni….kita tak pakai pun baju tu tapi kita order untuk orang, pastu kita dapat buat duit lagi dengan jualan tu.

Itulah antara beza bisnes TShirt dolu2 dengan zaman sekarang.

Memang banyak sangat bezanya.

Maknanya zaman sekarang lebih mudah order TShirt bercetak design sendiri berbanding dulu2…

Sampai ke ceruk kampung & pedalaman pun still boleh order baju tu….serius cakap.

Ok…hari ni meh saya kongsi ngan korang antara contoh2 TShirt kelas yang kitaorang buat dari dulu hingga sekarang.

Ni antara gambar TShirt kelas yang mula2 kitaorang buat. Time tu printing atas meja makan lagi & jemur pun bersepah2.

 

Tengok betapa huru haranya tempat printing kitaorang masa mula2 berkecimpung dalam bisnes cetak baju ni 8 tahun lalu (2010).

Dahlah tempat sempit, jemur pun atas katil je. Ni rumah mak mertua ni.

Nasib baik mak mertua sporting….hehehehe.

APA KATA CUSTOMER KITAORANG?

 

Camane lak rupa cetak baju sekarang…..

 

Ni antara contoh2 TShirt kelas terkini yang kitaorang siapkan.

Kalau ikutkan ada menimbun lagi gambar baju TShirt tu tapi takut boring lak masuk banyak2 kat sini.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “BORANG TEMPAHAN” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

 

 

Kalau nak tengok design TShirt Kelas yang kami ada..sila KLIK GAMBAR bawah ni ye…

 

Selamat Maju Jaya semua…jumpa lagi..

Abg Nik & Kak Salina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *